Pages

Subscribe:

23 Jun, 2011

[hang nadim] Anwar dicabar bersihkan nama dahulu......hang belemuih......????



KUALA LUMPUR 23 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya membersihkan namanya terlebih dahulu daripada segala tuduhan perlakuan tidak bermoral sebelum berhasrat membersihkan sistem pilihan raya negara ini dengan menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan (gambar) berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya perlu menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan menunjukkan jam tangan Omega sebagai bukti beliau bukan pelaku dalam video aksi seks yang tersebar sebelum ini.

"Saya percaya dalam usaha Anwar memberitahu rakyat mengenai sistem pilihan raya yang kononnya tidak adil, rakyat juga berhak mengetahui tentang perilaku sebenar beliau.

"Tanpa melakukan dua perkara itu, Anwar sepatutnya berasa malu untuk turut terlibat dalam perhimpunan haram Bersih sedangkan beliau tidak berani membersihkan namanya sendiri," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Gobalakrishnan berkata, walaupun perhimpunan haram tersebut seakan-akan dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun beliau percaya Anwar merupakan dalang di sebaliknya.

Katanya, perkara itu dapat dilihat jika mengambil kira sikap Anwar yang sanggup mempergunakan sesiapa sahaja bagi kepentingan dirinya jika berada dalam keadaan terdesak.

"Saya percaya perhimpunan itu hanya bertujuan mahu memesongkan perhatian rakyat terhadap kes yang membabitkannya.

"Anwar memerlukan keadaan huru-hara untuk menghasilkan gelombang kebencian terhadap kerajaan untuk memastikan hasrat politiknya tidak lenyap dalam arus konsep 1Malaysia," katanya

958 laporan bantah hasrat Bersih

Oleh AZIAN AZIZ, TOREK SULONG dan MOHAMMAD KHAIRUL JAMAIN











A. CHANDRAKUMANAN (kiri) bersama ahli PPP Wilayah Persekutuan yang membuat laporan polis membantah perhimpunan haram Bersih di Balai Polis Sentul, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Sebanyak 120 lagi laporan polis dibuat dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah laporan bagi membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua, 9 Julai ini, meningkat kepada 958 laporan setakat ini.

Turut membuat laporan itu adalah PPP Wilayah Persekutuan yang diwakili Pengerusinya, Datuk A. Chandrakumanan, di Balai Polis Sentul, di sini, pukul 11.30 pagi ini.

"Perhimpunan itu boleh mencetuskan permusuhan dan akan membawa ancaman terhadap harta benda dan ketenteraman negara," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu di sini hari ini.

Beliau seterusnya berharap polis mengambil tindakan tegas menghalang perhimpunan itu kerana bakal mencetuskan huru-hara dan menggugat keamanan negara ini.

Di SHAH ALAM, sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Kapar hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan haram Bersih itu.

Antara NGO yang membuat laporan polis adalah Kelab Belia Wawasan Kapar, Belia 4B Cawangan Sementa, Majlis Belia Daerah Klang, Belia 4b Meru, MAYC Kapar, Persatuan Belia Sungai Serdang, Kelab Sukan Komuniti Sementa, Persatuan Mahasiswa Kapar, Pusat Komuniti Andalas, Waris Malaya dan Minda Malaysia.

Kesemua NGO yang diwakili kira-kira 50 orang diketuai Pengerusi Minda Malaysia, Hamidzun Khairuddin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dekat sini pukul 3.30 petang.

Hamidzun berkata, laporan itu dibuat bagi meminta pihak polis mengambil tindakan menghalang perhimpunan itu kerana dikhuatiri akan mengancam ketenteraman negara dan orang awam.

Di PASIR PUTEH, kira-kira 500 ahli daripada 18 NGO di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, dekat sini mengadakan perhimpunan secara aman dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Yong di sini, untuk membantah perhimpunan itu.

Laporan polis tersebut mula dibuat pada pukul 10 pagi ini dan berakhir pada pukul 3.30 petang ini.

Peserta perhimpunan tersebut turut membawa pelbagai poster untuk menyuarakan bantahan kepada penganjur Bersih.

NGO tersebut adalah Gabungan Persatuan Ibu Bapa dan Guru DUN Gaal; Kelab Rukun Tetangga; Kelab Rakan Pendengar Gaal; Gerakan Desa Wawasan Gaal; Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK) Gaal; Kelab 1 Komuniti Bestari Gaal; Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Pasir Puteh dan Persatuan Bekas Perajurit Pasir Puteh.

Persatuan Bekas Polis Pasir Puteh; Persatuan Gasing Uri Gaal; Persatuan Belia 4B Gaal; Unit Kawalan Kampung Gaal; Persatuan Warga Siam Bukit Yong; Persatuan Pendikir Pasir Puteh; Persatuan Kontraktor Kelas F Pasir Puteh; Kelab Veteran Komando Pasir Puteh; Kelab Dapur Sihat Pasir Puteh dan Rukun Tetangga (RT) Kampung Changgai.

Pengerusi penganjur perhimpunan itu, Ibrahim Sulong berkata, bantahan tersebut dibuat kerana mereka bimbang ia akan menyebabkan negara menjadi huru-hara.

Thursday June 23, 2011

PAS Youth slams DAP over refusal to wear official attire

KUCHING: PAS Youth has slammed Sarawak DAP for refusing to wear the official attire, which includes the songkok, for the opening of the State Legislative Assembly sitting on Tuesday.

Its vice chief Raja Ahmad Al-Hiss said the Sarawak DAP assemblymen's reasons for not wearing the uniform were unacceptable.

“They say that wearing the songkok is an Islamic practice. This is incorrect,” he said in a press statement.

“Although this happened in Sarawak, we regret that their actions have created a misperception about the support of the people, particularly the Malays, for Pakatan Rakyat.

“We urge the Pakatan supreme council to educate the assemblymen so that this situation will not recur,” he said.

In response, Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen, who is the Kota Sentosa assemblyman, said PAS Youth was entitled to its opinion.

He said the DAP's decision not to wear the official attire had nothing to do with religious issues.

“Everyone is entitled to his or her opinion. As far as the issue of State Assembly attire is concerned, that is our stand,” he said.

Chong said the reason the 12 DAP assemblymen did not wear the attire was purely economical.

“Our economy is not doing well now. We on our part are trying to save the people's money by not spending on the official attire which costs a few thousand ringgit per set.

“It means that the government has to spend tens of thousands of ringgit to provide the official attire for the 12 of us,” he said.

The money, he added, could be better spent on more important matters.

Bersih being used by the opposition for their agenda, says Chua

By IVAN LOH
ivanloh@thestar.com.my

KAMPAR: The organiser of the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih) rally is being used by the opposition parties to achieve its political agenda, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“Bersih started out as a non-governmental organisation to express concerns over irregularities in the electoral process.

“However, it is now being infiltrated and influenced by opposition leaders to gain political mileage.

“They are trying to stoke the emotions of the people and create feelings of hatred against the Government,” Dr Chua said after opening the Kampar MCA division annual general meeting here yesterday.

He said MCA was firm in its stand not to support such illegal rallies as they disrupted peace and harmony of the society, adding that the party also backed MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong's decision against participating in a rally planned by Umno Youth on the same date.

Earlier in his speech, Dr Chua urged party leaders and members to get closer to the people.

“I observed that during programmes organised by the MCA, only party members and supporters were present.

“We failed to attract non-members and the public,” he said.

Citing an example, Dr Chua said when he was campaigning in the Batu Sapi by-election, he approached a voter and asked him why he had supported the DAP.

The voter told him that the DAP showed more concern for the welfare of the people.

“This voter said the Barisan representative only visited their areas twice a year during festive season.

“On the other hand, the opposition representative often go to the ground,” he said, adding that such an action had caused the people to think that Barisan did not need them.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.